Terdapat 430 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar faedah "

Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS Dorong Ringgit Meningkat Kepada 4.39

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, mencecah paras 4.39 berikutan ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi mata wang AS itu dalam rundingan berterusan dengan Jepun dan Kesatuan Eropah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan unit negara maju itu di tengah-tengah ketegangan perdagangan global, kata penganalisis.

Sektor Perbankan Asia Pasifik Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Risiko Tarif AS - Fitch Ratings

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) --  Fitch Ratings mengekalkan pandangan neutral untuk sektor perbankan merentas beberapa negara di Asia Pasifik (APAC) termasuk Malaysia dengan menyatakan bahawa ia lebih berdaya tahan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis namun, dagangan kekal dalam julat kecil apabila peniaga terus memantau ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal kukuh minggu depan, disokong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kestabilan pasaran bon AS.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut hari ini menjejaki kenaikan COMEX, apabila ketegangan perdagangan AS-China yang semakin meruncing terus memacu permintaan aset selamat.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.41-4.442 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat dalam perdagangan nipis berikutan ketiadaan pemain dari China, kata seorang peniaga.

RHB IB Semak Turun Unjuran KDNK 2025 Malaysia Kepada 4.5 Peratus Susulan Tekanan Tarif

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menyemak semula unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.5 peratus daripada unjuran awal 5.0 peratus, susulan ketegangan perdagangan kian meruncing dan kenaikan tarif yang berpotensi menjejaskan ekonomi negara yang dipacu oleh eksport.

Pengumuman Tarif AS Tidak Jejas Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit yang berdepan tekanan susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif timbal balas ke atas beberapa negara, termasuk Malaysia pada awal Khamis, sebaliknya ditutup secara relatifnya lebih stabil, kata penganalisis.

Ringgit Mengukuh 0.8 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Jan-Mac 2025

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.