1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ketidaktentuan di Asia Barat telah mengukuhkan keperluan untuk Malaysia mengekalkan trafik internet tempatan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap daya tahan sambungan antarabangsa dan risiko gangguan luaran terhadap infrastruktur digital yang kritikal, kata Pengerusi Malaysia Internet Exchange (MyIX), Chiew Kok Hin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dengan indeks penanda aras susut 0.86 peratus berikutan kebimbangan terhadap ketegangan yang memuncak di Asia Barat meningkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X sedang melaraskan kapasiti serta tambang di samping mengawal kos untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, kata Pengasas Bersama dan Penasihat Tan Sri Tony Fernandes.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran pertukaran mata wang asing dijangka kekal dalam sentimen berhati-hati minggu depan, termasuk kemungkinan ringgit dalam julat RM4.00 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Iran yang masuk minggu kelima.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global yang melonjak sehingga US$120 (US$1 = RM4.02) setong bukan semata-mata didorong oleh permintaan dan pembekalan sebaliknya turut dipengaruhi faktor geopolitik, kos penghantaran dan premium insurans.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit kembali meningkat kepada paras 4.02 berbanding dolar AS semasa akhir dagangan hari ini berikutan rundingan transit tenaga Iran-Oman yang meredakan kebimbangan mengenai gangguan bekalan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 kepada 4.5 peratus daripada 4.7 peratus berikutan krisis tenaga global daripada konflik Asia Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang meningkatkan usaha bagi memperkukuh hubungan perdagangan dua hala negara ini dengan Uzbekistan, sekali gus menjadikan Asia Tengah sebagai pintu masuk strategik ke pasaran serantau yang lebih meluas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- RHB Banking Group terus memperkukuh komitmennya dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan pelanggan menerusi pelancaran RHB Wealth Advance (RWA) dan Takaful mySmart Income Enhanced (MSIE).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd memperluas rangkaiannya menerusi pelancaran laluan baharu ke Shenzhen dan Changsha, China, bermula Julai 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- MyDIGITAL Corporation akan bekerjasama dengan Oracle bagi melatih 300,000 rakyat Malaysia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kebolehpasaran dan menyokong perkembangan kerjaya menjelang 2029.