Terdapat 401 berita berdasarkan kata kunci carian " persidangan"

Produktiviti Pekerja Malaysia Meningkat 2.4 Peratus Pada 2024 - MITI

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Produktiviti pekerja Malaysia meningkat 2.4 peratus pada 2024 dengan nilai tambah per pekerja berjumlah RM99,265 berbanding RM96,914 pada tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia-Pakistan Perlu Pergiatkan Semula Kerjasama Dua Hala - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --Malaysia dan Pakistan perlu menggiatkan semula kerjasama dua hala dan bergerak ke arah dasar yang lebih agresif dan progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AKPK Perkenal Siri Budi Pertingkat Celik Kewangan Warga Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan Siri BUDI, sebuah panduan kewangan dalam Bahasa Malaysia yang terdiri daripada empat jilid untuk memperkukuh pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, daripada golongan belia hingga usia persaraan.

i-CATS, METU Turkiye Meterai MoU Pacu Kerjasama Global Dalam Aeroangkasa Dan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- i-CATS University College (i-CATS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Middle East Technical University (METU), Turkiye bertujuan meningkatkan kerjasama global dalam bidang aeroangkasa dan pendidikan.

Pasaran Modal Malaysia Berjumlah RM4.2 Trilion, Instrumen Islam 62 Peratus - SC

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

MITI Lancar Pelan Hala Tuju Keluli 2035 Bagi Menyusun Semula Industri

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035) yang menyediakan “pendekatan berperingkat” bagi menstabilkan, menyusun semula dan mentransformasi industri keluli Malaysia.

ASEAN Digesa Jalin Kerjasama Keluli Serantau Untuk Integrasi Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu menjalin kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam industri keluli untuk memacu pewujudan pasaran bersepadu ASEAN dan integrasi yang menyeluruh.

EU Sifatkan ASEAN Sebagai Peluang Ekonomi Terbaik - Sefcovic

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) berpendapat ASEAN merupakan peluang ekonomi terbaik, dipacu oleh keyakinan perniagaan yang kukuh dan potensi ekonomi yang semakin berkembang, kata Pesuruhjaya Eropah bagi Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi, Hubungan Antara Institusi dan Ketelusan Maros Sefcovic.

AEBF-25: Platform Penting Untuk Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) akan diadakan dari 15 hingga 17 Okt 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kerajaan, Swasta Digesa Bekerjasama Rapat Dalam Infrastruktur Rel Mampan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta dalam menggubal dasar serta kawal selia yang boleh memudahkan serta mempercepat pelaksanaan projek terutama infrastruktur rel untuk memastikan kemampanan jangka masa panjang, kata kalangan peserta industri.

Paten ASEAN Melonjak 70 Peratus, Petanda Lonjakan Inovasi - Kao

Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pemfailan paten di ASEAN melonjak sebanyak 70 peratus sepanjang dekad lepas, menunjukkan pertumbuhan pesat harta intelek (IP) di rantau ini didorong oleh peningkatan inovasi dalam kalangan negara anggota.

Kejayaan Raih Tiga Anugerah Di Enlit Asia 2025 Bukti Kecemerlangan Inovasi, Kemampanan TNB

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kejayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) meraih tiga anugerah semasa persidangan dan pameran antarabangsa berprestij Enlit Asia 2025 di Bangkok baru-baru ini membuktikan penerajuan inovasi dan kemampanannya dalam sektor kuasa dan tenaga.