1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kekayaan sumber asli, biodiversiti, serta kedudukan strategik negeri Sabah akan dimanfaatkan bersama infrastruktur moden, teknologi hijau dan ekonomi baharu terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia terus menerima permintaan daripada pelabur asing pada 2026 walaupun ringgit semakin kukuh, disokong oleh harga hartanah mampu milik di rantau Asia Tenggara.
1bulan ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.
1bulan ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Rancha Power Sdn Bhd hari ini mencatat satu pencapaian penting dalam pembangunan tenaga di Labuan menerusi majlis pecah tanah pembinaan loji jana kuasa berasaskan gas baharu berkapasiti 120 megawatt (MW).
1bulan ago
LABUAN, 26 Jan (Bernama) -- Labuan perlu mencipta dan mengukuhkan identitinya untuk diiktiraf sebagai destinasi ekonomi yang unik serta berdaya saing, dan bukannya mencerminkan model pembangunan negeri atau wilayah lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui.
1bulan ago
SEREMBAN, 26 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan berpotensi muncul sebagai antara hab utama data dan teknologi di Malaysia susulan pembangunan Kampus Pusat Data Hijau Nexus Yang di Taman Perindustrian NS Semiconductor Valley (NSSV) di sini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd (EHB) meraih kontrak bernilai RM21.9 juta untuk melaksanakan kerja-kerja hiasan dan penyediaan dalaman bagi pembangunan komersial bercampur 50 tingkat di Kuala Lumpur.
1bulan ago
PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.
1bulan ago
BAGAN DATUK, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat pengeluar produk makanan agro QL Foods Sdn Bhd (QL Foods) membangunkan taman industri makanan, QL Innofood Park di Hutan Melintang di sini dengan pelaburan strategik sebanyak RM1.3 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd memperuntukkan RM20 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar melalui program EcoSave-i, akaun simpanan Islam pertama di Malaysia yang bertumpu kepada alam sekitar.
1bulan ago
BUKIT MERTAJAM, 24 Jan (Bernama) -- Prestasi ringgit kini berada antara yang terbaik di Asia membuktikan keberkesanan dasar tatakelola, kestabilan politik dan keyakinan pelabur terhadap hala tuju ekonomi negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan menyediakan fleksibiliti dalam dasar bagi menarik syarikat-syarikat multinasional dan syarikat besar antarabangsa untuk menubuhkan ibu pejabat serantau atau global masing-masing di Malaysia.