BERITA TERKINI   Amaran hujan berterusan tahap waspada libatkan beberapa kawasan di Sarawak berkuat kuasa sehingga Sabtu ini - MetMalaysia | 

Terdapat 94 berita berdasarkan kata kunci carian " sosioekonomi"

Kementerian Ekonomi Mula Gerak Kerja RMK13, Dijangka Bentang Di Parlimen Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi telah memulakan gerak kerja Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga 2025.

Belanjawan 2025: SME Bank Harapkan Langkah Sokongan Lonjak Pertumbuhan PKS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

MIDA Capai Hampir Separuh Sasaran Pelaburan RM2.5 Bilion Pada Hari Kedua IGEM 2024

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini mengumumkan pemeteraian tujuh memorandum persefahaman (MoU) dengan potensi pelaburan melebihi RM1 bilion dalam sektor hijau di acara Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau serta Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di sini.

KDNK 2024 Malaysia Diyakini Atasi Sasaran Pertumbuhan - Amir Hamzah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan mengatasi sasaran bagi 2024 dipacu oleh kekukuhan dasar fiskal dan komitmen berterusan terhadap pembaharuan berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia, Indonesia Perintis Inovasi Kewangan Awam Islam

JAKARTA, 4 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia diiktiraf sebagai perintis dalam membangunkan instrumen kewangan awam Islam dalam dasar fiskal, menurut Kementerian Keuangan Indonesia.

Konglomerat Indonesia Puji Tindakan Afirmatif Anwar Jaga Kepentingan Bumiputera

Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) -- Pendekatan dasar tindakan afirmatif oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera dilihat sebagai satu langkah positif, kata bekas Menteri Ekonomi Indonesia, Chairul Tanjung.

Petronas tandatangan Perjanjian Jual Gas Lima Tahun Kepada SESB

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), akan membekalkan gas kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk penjanaan kuasa di Sabah dan Labuan.

RMK13 Tumpu Usaha Rapat Jurang Sosioekonomi Ikut Negeri, Utamakan Kebajikan Rakyat

SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan Pertimbang Setiap Permohonan Bina Infrastruktur

BATU PAHAT, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya bagi setiap permohonan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur, dalam perancangan dan pelaksanaan dasar belanjawan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Peluang Sertai Anugerah Sarawak DEA 2024 Dibuka Sehingga 23 September

KUCHING, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) mempelawa penyertaan bagi Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2024 yang dibuka sehingga 23 September ini.