2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd akan terus menyokong agenda pelaburan strategik kerajaan dalam bidang keutamaan seperti semikonduktor, peralihan tenaga dan nadir bumi selain menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan rakan kongsi multinasional dalam sektor semikonduktor
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) menyifatkan cukai karbon yang diperkenalkan kerajaan melalui Belanjawan 2026 sebagai pemacu utama bagi mempercepat penyahkarbonan, khususnya menerusi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kerangka produk asas insurans/takaful perubatan dan kesihatan akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini manakala pelancarannya dijangka pada 2027, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) menerusi Belanjawan 2026 mencerminkan komitmKUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) menerusi Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen teguh beliau untuk memperkukuh integrasi serantau.en teguh beliau untuk memperkukuh integrasi serantau.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang sebaliknya terbatas selepas mata wang tempatan mendapat sokongan prospek fiskal lebih positif susulan pengumuman Belanjawan 2026 pada Jumaat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk memudah cara pergerakan bakat mahir, sekali gus menyokong pertumbuhan syarikat Malaysia di ASEAN.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2026 dibuat dengan mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang sedikit perlahan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan usaha menseimbangkan penyatuan fiskal dengan elemen seperti kesaksamaan dan daya saing, demikian menurut beberapa ahli Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Potongan cukai sehingga RM1.5 juta ke atas perbelanjaan penyenaraian di Bursa Malaysia yang sebelum ini diberi kepada syarikat dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berasaskan teknologi, kini dicadang diperluas kepada PMKS berasaskan sektor tenaga dan utiliti.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 sejajar dengan misi Grab Malaysia untuk memperkasakan rakyat dan mempertingkatkan perkhidmatan dalam landskap ekonomi yang dinamik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 mendukung visi ke arah Malaysia yang lebih saksama dan bersedia menghadapi masa depan dengan meningkatkan taraf hidup rakyat, memacu reformasi ekonomi berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mencadangkan galakan cukai modal teroka dikaji semula bagi syarikat modal teroka (VCC), syarikat pengurusan modal teroka (VCMC) dan pemegang saham individu VCC untuk terus menggalakkan pelaburan oleh VCC.