2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ikhtiar e-Invois akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026 selain sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM2.4 bilion diperuntukkan khusus untuk kontraktor bumiputera kelas G1 hingga G4 bagi memacu agenda ekonomi bumiputera melalui Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat lebih rendah susulan sentimen berhati-hati di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang suram, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2026 menyediakan sejumlah RM230 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk terus menawarkan pembiayaan kepada usahawan wanita.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Berkat penemuan saintifik, Malaysia berjaya menangkis tohmahan barat terhadap sawit menerusi peningkatan eksport terutamanya ke China dan India, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang menaikkan jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan kepada RM50 bilion tahun depan daripada RM40 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) menerima peruntukan berjumlah hampir RM2.4 bilion menerusi Belanjawan 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkasa ekosistem industri halal menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan mempercepat urusan pengeluaran sijil halal serta Halal Development Corporation (HDC) yang menggalakkan pematuhan halal dalam kalangan syarikat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup lebih rendah pada tengah hari ini seiring dengan prestasi lemah di keseluruhan pasaran serantau, apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman Belanjawan 2026 petang ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) memperuntukkan RM19 juta dari 2024 hingga 2026 bagi Projek Pemulihan Kebun Koko di seluruh Malaysia untuk meningkatkan taraf penanaman koko sebagai sumber utama ekonomi negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bercadang membangunkan kawasan tanaman baharu koko di Sarawak bagi menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran utama komoditi tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).