28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan pelantikan untuk menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai satu amanah yang besar.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pelantikan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), dilihat bakal meneruskan misi memacu pertumbuhan sektor agrikomoditi negara ke arah lebih mampan.
28hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan prestasi positif dengan ditutup tinggi untuk sesi keempat berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran tempatan yang lebih baik berikutan asas makroekonomi domestik yang kukuh.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan bertukar portfolio daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, sebelum ini.
28hari ago
BANGI, 16 Dis (Bernama) -- Industri sawit negara dijangka kekal stabil dan berdaya saing pada tahun depan, didorong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, hasil serta amalan mampan yang dipertingkatkan sejajar dengan keperluan pasaran global.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri dagangan sesi pagi, mengatasi pasaran serantau susulan ringgit yang lebih kukuh.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi pada paras 4.08 berbanding dolar AS pada pada Selasa, menandakan prestasi paling kukuh dalam tempoh hampir lima tahun, apabila keyakinan yang bertambah baik dalam ekonomi Malaysia memacu permintaan terhadap mata wang tempatan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika peniaga menunggu pengumuman data penting Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, melepasi paras yang tinggi direkodkan sebelumnya pada 1,642.54 pada 22 Okt 2024 , disokong oleh aktiviti pembelian menyeluruh daripada pelabur institusi tempatan.
29hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, selepas berlegar menghampiri paras 4.09 minggu lepas, dalam persekitaran sentimen pelabur yang kekal optimis namun berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama AS.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pengukuhan ringgit yang berterusan, meningkatkan sentimen pelabur.