Terdapat 143 berita berdasarkan kata kunci carian "pasaran kewangan"

Pembayaran Dividen KWSP Bakal Pacu Aktiviti Ekonomi, Sokong Pertumbuhan Negara

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen 6.30 peratus bagi 2024 dijangka dapat merangsang aktiviti ekonomi selain menyumbang kepada pertumbuhan negara, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Berhati-hati, Catat Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan julat kecil apabila pelabur menilai perkembangan ekonomi utama, menurut penganalisis.

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit terus lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur ketika Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico pada awal Mac.

Dividen KWSP Diunjur Dalam Julat 6.0-6.2 Peratus - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Cecah Paras Sokongan 4.36 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump

Ringgit Ditutup Mengukuh Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Tiga Minggu

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ringgit terus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu berbanding dolar AS berikutan keyakinan meningkat bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dan secara berperingkat dalam melaksanakan tarif import lebih tinggi. 

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 2 Minggu

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Pengumuman Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi lagi pada Rabu disebabkan ketidaktentuan yang semakin meningkat susulan pengumuman tarif terkini oleh Donald Trump.

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) dan kenaikan bon Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.

Ringgit Menambah Nilai Keseluruhan Sebanyak 2.7 Peratus Berbanding Dolar US Pada 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --  Pasaran getah ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh harga penanda aras minyak mentah yang stabil dan kelemahan ringgit berbanding dolar US, kata seorang peniaga.