3hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi RON95 dan mengekalkan kadar tol sedia ada akan memastikan mobiliti kekal mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat, kata Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Carsome Aaron Kee, hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah menambah baik ciri pembiayaan di bawah skim BizJamin MTC dan BizJamin-i MTC yang kini membolehkan syarikat pertengahan (MTC) memohon pinjaman berjumlah RM1 juta hingga RM5 juta.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia yang berkembang pesat kini memasuki fasa penyatuan iaitu satu perkembangan semula jadi yang turut diperhatikan di pasaran yang lebih matang, kata firma hartanah komersial global, JLL.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Walaupun kebanyakan sektor dijangka mencatatkan pendapatan mendatar pada suku kedua 2025, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka momentum positif dalam sektor pembinaan, penjagaan kesihatan, hartanah, minyak dan gas (O&G) serta utiliti.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan terutamanya makanan bagi memastikan kos sara hidup tidak meningkat susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa bulan ini.
4hari ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Rantau ASEAN+3 diunjurkan berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2025 dan 3.6 peratus pada 2026, menurut kemas kini suku tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO) oleh Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berada di landasan kukuh dan meyakinkan di sebalik segala keresahan dan kekangan yang berlaku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga RON95 akan diturunkan susulan rancangan penyasaran subsidi bahan api itu, sekali gus memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Ekonomi ASEAN dijangka mengekalkan pertumbuhan lebih empat peratus dalam persekitaran cabaran global, dengan unjuran sebanyak 4.4 peratus pada 2025 dan 4.2 peratus pada 2026, menurut Ketua Ahli Ekonomi Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) Dong He.
4hari ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terus mempamerkan ekonominya yang berdaya tahan pada 2025, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan keadaan pasaran buruh yang kukuh walaupun berdepan tekanan daripada ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Rabu, disokong oleh pelabur yang mencari nilai menerusi pengumpulan terpilih.