Terdapat 1343 berita berdasarkan kata kunci carian " ringgit"

Keputusan BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus Akan Rangsang Pertumbuhan Ekonomi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Strategi Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini telah dirangka dengan teliti, kata pakar ekonomi.

BNM Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini kebanyakannya didorong oleh ucapan sulung Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47 semalam, kata seorang ahli ekonomi.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas China, kata peniaga.

Standard Chartered Global Research: BNM Dijangka Kekalkan Opr Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat keputusan dasar monetari 22 Januari ini.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah selepas Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden ke-47, tidak mengumumkan sebarang tarif baharu, khususnya ke atas China.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pelantikan Trump

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan Presiden AS Donald Trump hari ini, kata seorang ahli ekonomi.

Ringgit Meningkat Menjelang Pelantikan Trump Sebagai Presiden AS Hari Ini

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganalisis.

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan, dengan permintaan stabil menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, kata pakar industri Dennis Low. 

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) --Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar AS minggu depan ketika pasaran menunggu upacara mengangkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu, pada 20 Jan, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Ringgit Terus Ditutup Lemah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) -- Ringgit ditutup lemah berbanding dolar US pada penutup hari ini berikutan sentimen pasaran yang agak berwaspada menjelang perasmian Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kata seorang penganalisis.