9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Portal ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), BERNAMABiz, dilancarkan hari ini, menawarkan portal berita khusus yang menyediakan informasi komprehensif dan pada masa nyata mengenai landskap perniagaan dan ekonomi yang berkembang pesat, di peringkat tempatan dan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd akan melancarkan program serta inisiatif melibatkan pengurus dana modal teroka (VC) di bawah "National Fund of Funds" berikutan pengambilalihan Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP) dan Penjana Kapital pada Julai tahun ini.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peserta industri takaful digesa menerima aspirasi yang ditetapkan dalam draf dedahan penggunaan Ta`awun secara meluas dalam takaful yang dikeluarkan baru-baru ini bagi meneroka model baharu untuk menggalakkan perpaduan sosial dan pengagihan kekayaan.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Persidangan Antarabangsa Mengenai Rundingan Perkhidmatan Udara (ICAN) 2024 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dijadualkan berlangsung di Malaysia dari 21 hingga 25 Okt ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Beberapa negara ASEAN turut menunjukkan minat menyertai BRICS selepas Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada blok ekonomi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd mempunyai ekuiti yang positif dan optimis dapat keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang akhir Disember tahun ini.
9bulan ago
DUBAI, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia memberi impak ketara pada acara Expand North Star 2024 (ENS 2024) dari segi kemampuan ekonomi digitalnya di sini menerusi pavilion berkeluasan 120 kaki persegi yang menampilkan 15 syarikat teknologi tempatan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang giat memetakan laluan inovatif dan strategik, menghubungkan pelabur serta peserta industri dengan bakat tempatan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih meningkat, didorong oleh prestasi semalaman saham-saham Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2024.