1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kekal komited untuk meningkatkan produktiviti kementerian bagi memastikan Malaysia kekal sebagai negara mesra pelabur dan perdagangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pelarasan dalam cukai eksport di bawah Belanjawan 2025 akan membantu industri penapisan minyak sawit menjadi lebih berdaya saing berbanding Indonesia, menurut Glenauk Economics.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan, walaupun ia mungkin menghadapi tekanan menurun berikutan prospek optimis semasa terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan melalui Belanjawan 2025 akan memperuntukkan sumber yang mencukupi, bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan memperluas pendidikan wajib bagi memastikan setiap murid menamatkan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil pada 2025, didorong oleh prospek pertumbuhan ekonomi domestik dan perdagangan luar yang lebih baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan merangka pelbagai langkah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk menerusi bantuan tunai program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melibatkan peruntukan RM8 bilion dan memanfaatkan 8.5 juta penerima tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pendapatan daripada cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai ke atas pengeluaran serta import dijangka berkembang sebanyak 7.8 peratus pada tahun depan, berikutan usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil dan melaksanakan asas cukai yang lebih luas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Permintaan domestik Malaysia dijangka berkembang sebanyak 6.1 peratus pada 2025, disokong oleh perbelanjaan sektor swasta yang meningkat pada 6.6 peratus, kata Kementerian Kewangan (MoF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan menjadi asas utama dalam membina ekonomi yang dipacu oleh digital dan inovasi seterusnya meletakkan Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi global dijangka berkembang stabil dan berdaya tahan pada tahun hadapan yang secara tidak langsung akan membantu meningkatkan perdagangan serta permintaan domestik bagi barangan dan perkhidmatan.