Terdapat 2013 berita berdasarkan kata kunci carian " china"

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Tindak Balas Kerajaan Terhadap Kesan Tarif Timbal Balik AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS, kata seorang penganalisis.

Aktiviti Ambil Untung Saham Terpilih, Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencatat penyusutan kecil susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham-saham telekomunikasi, pembinaan serta tenaga, kata penganalisis.

Tan Chong Motor, SGM Wuling Bakal Lancar Jenama Kereta TQ WULING Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd memeterai perjanjian komitmen pelaburan dengan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling) untuk memperkenalkan jenama kereta TQ WULING ke pasaran Malaysia.

Malaysia Tolak Keras Salah Guna Sistem Perdagangan Antarabangsa - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk pengeluaran Sijil Asal palsu atau mengelirukan yang bertujuan untuk mengelakkan tarif, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Perlindungan Perdagangan Jejas Perdagangan Global - ASEAN+3

KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Peningkatan langkah perlindungan perdagangan telah menjejaskan perdagangan global yang seterusnya membawa kepada pemecahan ekonomi. 

Kedudukan Ekonomi Negara Kukuh Hadapi Impak Tarif Import AS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kedudukan asas ekonomi negara yang kukuh diyakini mampu membolehkan Malaysia berdepan ketidaktentuan global secara terurus susulan pengumuman tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah, didorong oleh sentimen berhati-hati daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah dan perkembangan baharu perdagangan berkaitan China yang menyokong mata wang tempatan, kata penganalisis.

Sidang Khas Parlimen Bincang Isu Tarif Bakal Jadi Tumpuan Utama

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Semua tumpuan akan terarah pada sidang khas Palimen pada Isnin ini untuk membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam tekanan minggu depan, sebahagian besarnya disebabkan oleh kebimbangan berterusan terhadap paras stok domestik yang meningkat ketika permintaan melemah dan pengeluaran yang bertambah baik.

Pasaran Getah Mungkin Pulih Minggu Depan Susulan Pelan Rangsangan China

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka pulih sedikit minggu depan disokong oleh unjuran positif di tengah-tengah potensi langkah rangsangan China, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Bursa Malaysia Dijangka Teruskan Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu depan, disokong oleh landskap ekonomi global yang bertambah baik serta kembalinya semula pembelian asing ke bursa tempatan.