10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Jumlah dana komited dalam industri pasaran modal pada penghujung 2024 bagi ekuiti swasta (PE) dan modal teroka (VC) masing-masing berjumlah RM18.01 bilion dan RM6.70 bilion menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM24.70 bilion.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Niam Seet Wei dinamakan sebagai penerima anugerah biasiswa Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellowship 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran Modal Islam (ICM) kekal sebagai komponen utama pasaran modal Malaysia, yang menyumbang 63.04 peratus kepada keseluruhan pasaran modal.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 permohonan ekuiti dengan 10 daripadanya adalah tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran RM21.39 bilion.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Anak syarikat ITMAX System Bhd, Southmax Sdn Bhd telah dilantik oleh Majlis Daerah Mersing sebagai pengendali tempat letak kereta pintar (smart parking) untuk parkir di kawasan terbuka di kawasan Mersing.
10bulan ago
KLANG, 20 Mac (Bernama) -- Rangkaian pasar borong dan runcit ST Rosyam Mart menyasarkan hasil jualan sebanyak RM2 bilion tahun ini menerusi lapan cawangan seluruh negara termasuk premis baharu di Jalan Kebun di sini yang dibuka semalam.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Nadi Emery Sdn Bhd (NESB) yang juga unit Gagasan Nadi Cergas Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM134.41 juta daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
10bulan ago
Oleh Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pemenang BizSmart Challenge Accelerator Edition anjuran Alliance Bank Malaysia Bhd telah membuktikan bahawa keazaman, inovasi dan sokongan yang tepat penting untuk mengatasi cabaran perniagaan dan mencapai kejayaan yang mampan.
10bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pasaran sewa di Malaysia meningkat sebanyak 3.9 peratus tahun ke tahun kepada purata RM2,052, tertinggi dalam tempoh lima tahun pada suku keempat 2024, menurut gergasi hartanah IQI.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) melantik Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai pengarah urusan (MD) AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd (AKRM) berkuat kuasa serta merta.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.