1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- SME Bank Malaysia Bhd, melalui program eksport perniagaan (BEP) telah menjana jualan eksport tambahan lebih RM74 juta setakat 31 Ogos 2024, dengan 65 peratus syarikat memasuki pasaran eksport baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh BM Greentech Bhd, Tera VA Sdn Bhd berharap kerajaan melanjutkan program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) dan Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) dengan tambahan selama dua tahun dalam Bajet 2025 yang dijadual dibentangkan 18 Oktober ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk pemain industri dan pihak berkepentingan yang berminat untuk menyertai Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lapangan terbang Malaysia memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024, pertumbuhan 12.7 peratus daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023, mencerminkan pertumbuhan kukuh yang berterusan untuk kedua-dua sektor antarabangsa dan domestik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful perlu mengembangkan kapasiti mereka dan berusaha untuk merapatkan jurang perlindungan kritikal serta mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.
1tahun ago
SERDANG, 16 Sept (Bernama) -- Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyasarkan untuk mengeksport produk jenama ENNA keluarannya ke luar negara menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat di Brunei, Indonesia dan Kesatuan Eropah (EU).
1tahun ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
LANGKAWI, 14 Sept (Bernama) -- Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan penerbangan carter persendirian sebagai sebahagian daripada pakej percutian pulaunya, untuk memudahkan pelanggan terbang terus dari Terminal SkyPark Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Peningkatan risiko berkaitan iklim menimbulkan ancaman yang semakin meningkat terhadap institusi kewangan, terutamanya bank-bank kerana mereka terdedah kepada kelemahan merentasi pelbagai wilayah dan sektor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan trafik penumpang Malaysia mengambil sedikit masa untuk pulih berikutan cabaran yang dialami syarikat penerbangan baru-baru ini, termasuk isu penghantaran pesawat dan kekurangan alat ganti serta tenaga kerja.