Terdapat 1740 berita berdasarkan kata kunci carian " asia"

ASEAN Akan Lebih Efisien Untuk Beri Lebih Banyak Ruang Bagi Rundingan Tarif - Sri Mulyani

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Negara anggota ASEAN memberi tumpuan untuk menghapuskan gangguan agar menjadi lebih cekap untuk membuka ruang bagi rundingan dengan Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap halangan tarif dan bukan tarif.

Pelan Tindakan AIF 2025-2028 Lonjak Peranan Global Dipegang ASEAN - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) (2025-2028) akan memperkukuh peranan ASEAN sebagai piawaian global dalam tadbir urus dan pembangunan mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia, Asia Pasifik Berpotensi Pacu Anjakan Tenaga Hjau Global - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang luas berpotensi besar untuk muncul sebagai peneraju global dalam revolusi tenaga bersih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

ASEAN Bakal Berdepan Peralihan Ekonomi, Perlukan Keazaman Politik Hadapi Perubahan - Zeti

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Di saat landskap ekonomi global berubah secara mendadak, ASEAN berada di persimpangan kritikal dan bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

ASEAN Perlu Kekal Berkecuali Dalam Perang Dagangan Kuasa Besar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam bahang perang dagangan global berkaitan tarif membabitkan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China, kata mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Andrew Sheng.

Anwar Dijadual Sampaikan Pernyataan Bersama ASEAN Bagi Capai Kebebasan Ekonomi, Elak Risiko Global

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berlangsung hari ini amat penting dalam usaha mendapatkan sokongan kalangan menteri untuk konsensus serantau bagi menghadapi tarif Amerika Syarikat (AS) yang membebankan.

ASEAN Suara Kebimbangan Perniagaan Antarabangsa Di Rantau Ini Akan Turut Terjejas Oleh Tarif AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.

US-ABC Digesa Beritahu Washington Tarif Boleh Bahayakan Operasi Perniagaan AS Di ASEAN

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN menerima sokongan luar biasa daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) untuk menyampaikan mesej penting kepada Washington.

Pasaran Ekuiti, Kewangan Malaysia Mampu Harungi Ketidaktentuan Ekoran Tarif AS - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti dan kewangan Malaysia berkemampuan untuk mengharungi ketidaktentuan yang diakibatkan oleh tarif Amerika Syarikat (AS) didorong oleh sokongan institusi yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Moody’s: Malaysia Mungkin Peroleh Bahagian Pasaran Ekoran Tarif AS Jejas Perdagangan APAC

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tarif secara meluas akan memberi kesan negatif terhadap kredit di rantau Asia Pasifik, tetapi negara yang dikenakan tarif rendah akan mendapat kelebihan, menurut Moody's Ratings.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini kerana sentimen pasaran kekal lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap langkah tarif yang agresif.

Visi APG Perlu US$764 Bilion Untuk Infrastruktur Penjanaan Dan Penghantaran Tenaga

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Visi Grid Tenaga ASEAN (APG) memerlukan pelaburan dianggarkan sebanyak US$764 bilion (US$1 = RM4.49) untuk infrastruktur penjanaan dan penghantaran tenaga, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.