11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) bersedia untuk mengesahkan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) pada Permukiman AEM yang akan datang di Johor pada akhir Februari, bertujuan memacu integrasi ekonomi serantau, keterangkuman, kemampanan dan perdagangan digital.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dalam sektor seperti teknologi makanan, pertanian, semikonduktor, tenaga hijau dan kenderaan elektrik (EV), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia dan Uzbekistan digesa menjalin kerjasama baharu bagi merebut peluang sinergi yang ditawarkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Keputusan kerajaan menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing pada kadar dua peratus berbanding cadangan asal 12 peratus, dapat membantu majikan mengurangkan perbelanjaan gaji atau upah secara menyeluruh.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan melihat prospek meyakinkan untuk membangunkan zon perindustrian bersama di negara Asia tengah itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini sebanyak lima peratus kepada 790,000 unit, meningkat daripada unjuran sebelumnya iaitu 750,000 unit.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berpandangan cadangan kerajaan untuk menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWS) pekerja pada dua peratus bagi pekerja asing adalah wajar.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Langkah agresif Malaysia membuka jaringan dengan negara lain melalui dasar bebas dan berkecuali diamalkan negara dapat memberi ruang kepada pelaburan baharu dan meningkatkan eksport negara.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan bercadang melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan bagi meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jalinan kerjasama membabitkan Weststar GAP Ltd dan peneraju minyak dan gas dikenali di peringkat global, Santos Australia, membuktikan potensi kukuh bagi meningkatkan lagi hubungan perniagaan antara Malaysia, Timor Leste dan Australia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta.