10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor perkhidmatan kewangan.
10bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus mencerminkan penyesuaian strategik dasar monetari yang memberikan fleksibiliti kepada bank pusat itu menghadapi perubahan keadaan ekonomi global dan domestik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan penurunan yang lebih ketara sebanyak tujuh peratus dalam jumlah industri keseluruhan (TIV) untuk sektor automotif, dengan jangkaan 760,000 unit pada 2025, berbanding anggaran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 780,000 unit.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dengan Arm Holdings Plc akan membantu Malaysia ke arah ekonomi berimpak tinggi, menyemarakkan ekosistem semikonduktor 'front-end' sambil memupuk pertumbuhan firma semikonduktor tempatan dalam jangka panjang.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, dalam persekitaran kadar faedah yang stabil, kata ahli ekonomi.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) mendapat pengecualian tarif untuk sementara waktu.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga murah tertentu dalam pasaran domestik.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perang perdagangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki penurunan Wall Street semalaman disebabkan kebimbangan perang perdagangan semakin meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) mengesahkan akan mengenakan tarif ke atas Mexico, Kanada dan China.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pemain industri solar tempatan digalakkan untuk meneroka pasaran alternatif khususnya dalam ASEAN bagi mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
10bulan ago
KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- SMD Semiconductor berjaya mempamerkan inovasi semikonduktornya yang terkini di MWC Barcelona 2025, yang berlangsung pada 3 hingga 6 Mac di Fira de Barcelona Gran Via, Sepanyol.