Terdapat 1051 berita berdasarkan kata kunci carian " penyelesaian"

Malaysia, Kemboja Lancarkan Jalinan Pembayaran QR Rentas Sempadan - BNM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR (respons pantas) rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

MIDA, Alliance Bank Anjur Bengkel Teroka Amalan Perindustrian Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.

Syarikat Insurans, Pengendali Takaful Digesa Kembang Kapasiti, Rapat Jurang Perlindungan - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful perlu mengembangkan kapasiti mereka dan berusaha untuk merapatkan jurang perlindungan kritikal serta mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Perkongsian Strategik Komprehensif Pacu Pertumbuhan Perdagangan Malaysia-India

Oleh V. Sankara

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lemah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan, selepas menyaksikan permintaan yang agak lemah baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.