11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif melantun untuk ditutup lebih tinggi selepas menerima dorongan daripada keuntungan dalam minyak kacang soya dan keyakinan pasaran ke atas pembelian minyak sawit India yang diperbaharui bagi tujuan menambah simpanan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenaikan tarif AS dan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengekalkan kadar tarif akhir tahun ini, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan andaian harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,000 satu tan pada 2025 dan RM3,800 satu tan pada 2026.
11bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini disebabkan Indeks Dolar AS (DXY) merosot dengan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan prospek yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila penangguhan sementara kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada telah merangsang pertumbuhan global, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada produk bernilai tinggi seperti oleokimia dan biodiesel, dan bukan sekadar bergantung kepada eksport minyak mentah tanpa strategi nilai tambah yang kukuh.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan positif, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh serta peningkatan beransur-ansur dalam keadaan rantaian bekalan, menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB).
11bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico selain data ekonomi AS yang lemah, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin di tengah-tengah kenaikan tarif terbaharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Kanada, Mexico dan Cina, demikian menurut penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Pendekatan menyeluruh dan sistematik bagi menyusun semula pekebun kecil getah menjadi satu gabungan serta penanaman semula varieti pokok getah berhasil lebih tinggi akan menjadi aspek penting untuk Malaysia meraih semula kedudukan sebagai pengeluar getah utama dunia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.