2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- NewCo yang baru ditubuhkan, iaitu usaha sama (JV) antara syarikat tenaga Itali Eni S.p.A dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), dijangka melancarkan lapan projek huluan baharu di Indonesia dan Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian pemacu pembangunan gas berskala besar di rantau ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petronas, Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV) menerima permit penilaian luar pesisir bagi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di kawasan Duyong oleh agensi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon Malaysia, MyCCUS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan dibuka tinggi didorong oleh sokongan belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih dan pengukuhan ringgit berterusan dijangka menarik aliran masuk dana ke pasaran tempatan walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur.
2bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang meningkatkan perjalanan kelestariannya di bawah pelan Sifar Bersih 2050, memperluaskan inisiatif tenaga boleh baharu seperti projek solar terapung-hibrid hidro, perkongsian hidrogen dan grid rentas sempadan yang fleksibel untuk integrasi tenaga boleh baharu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan pergerakan mendatar apabila aktiviti dagangan tidak menentu mengimbangi sokongan daripada prestasi kukuh pasaran serantau.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pagi ini seiring dengan peningkatan di Wall Street semalaman.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Pembina Pipeline Corporation dari Kanada memeterai perjanjian 20 tahun bagi menggunakan kapasiti pencairan gas asli cecair (LNG) sebanyak 1.0 juta tan setahun (mtpa) di kemudahan Cedar LNG, menerusi anak syarikat masing-masing.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih rendah, menjejaki prestasi suram pasaran serantau serta negatif di Wall Street.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat selepas dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi tidak menentu yang dialami pasaran serantau serta Wall Street dalam tempoh semalaman.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Tiga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerima Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 yang julung kali diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka dalam prestasi perniagaan, inovasi dan daya saing eksport.