9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu berhasrat mengembangkan perniagaan berkaitan tenaga boleh baharu termasuk pemasangan dan penyelenggaraan projek ladang solar dan solar atas bumbung.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyeru pemilik ladang dan syarikat perladangan merancang penanaman semula sawit bagi mengekalkan produktiviti ladang dengan pokok matang yang menghasilkan buah tandan segar (BTS) secara optimum.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian tokoh ekonomi terkemuka, Tan Sri Dr. Kamal Salih, 78, di kediamannya di Southville City, Dengkil, Selangor.
9bulan ago
Oleh Mohd Noor Iqram Rosli
KOTA BHARU, 6 Mac (Bernama) -- Sejajar usaha membasmi kemiskinan, Agrobank menerusi program Hijrah Asnaf membuka peluang kepada golongan asnaf dan B40 meningkatkan taraf hidup dengan menceburi bidang keusahawanan berkaitan industri asas tani serta produk hiliran berasaskan pertanian dan akuakultur.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd (THP) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM75.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM46.62 juta pada tahun sebelumnya, berikutan meningkatnya keuntungan dalam operasi.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Genting Plantation Bhd (GenP) meraih keuntungan bersih lebih tinggi pada RM323.06 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024) berbanding RM253.49 juta bagi tempoh sama dalam tahun sebelumnya.
10bulan ago
Oleh Ahmad Erwan Othman dan Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, perlu menggalakkan penubuhan zon ekonomi rentas sempadan dalam kalangan negara anggota sebagai usaha meningkatkan potensi ekonomi negara jiran masing-masing.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Hab makanan baharu yang diperakui halal dan dibangunkan SPC Group di Johor mampu memainkan peranan penting dalam pengembangan global syarikat itu selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri makanan halal antarabangsa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pencinta mi di Malaysia kini boleh bersiap sedia! Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen bakal kembali dengan wajah baharu menampilkan bahan-bahan premium dan cita rasa Korea yang autentik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Usaha penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA) dijangka membuahkan hasil dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memberi pulangan kepada kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
10bulan ago
KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi pengeksport penting durian segar ke China berikutan perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara pada tahun lepas, kata BMI.