Terdapat 7784 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang Antara 4.3 Hingga 4.5 Peratus Pada 2026, Didorong Permintaan Domestik - IPPFA

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.5 peratus pada 2026, mencerminkan peralihan semakin jelas ke arah pertumbuhan disokong oleh penggunaan isi rumah, aktiviti sektor perkhidmatan dan pembentukan pendapatan dalaman.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.

Indeks Pelopor Malaysia Naik 3.6 Peratus Pada Oktober 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Selasa.

FBM KLCI Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Walaupun Pasaran Meluas Kukuh

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kelemahan Dolar

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS), Indeks Dolar AS merosot 0.33 peratus kepada 98.271 mata dalam persekitaran volum dagangan rendah berikutan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum. 

Infrastruktur Digital Kukuh Malaysia Tarik Pelaburan Ke Dalam Negara - Fahmi 

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

China Mungkin Kekal Jadi Rakan Dagang Terbesar Malaysia - Duta Besar

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – China mungkin mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut, dengan pelaburan kumulatif di negara ini melepasi US$20.8 bilion (US$1=RM4.07), kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Eksport Kukuh

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi susulan permintaan eksport yang lebih kukuh khususnya disebabkan kelemahan harga bahan komoditi itu baru-baru ini, menurut seorang peniaga.

Pelabuhan Tanjung Pelepas Laksana Inisiatif Elektrifikasi Kumpulan Lori Pelabuhan

ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.