Terdapat 3613 berita berdasarkan kata kunci carian " kerja"

Desakan Untuk EV Domestik Angkat Sektor Automotif Malaysia 2025 Ke Tahap Lebih Tinggi

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Industri automotif Malaysia melalui satu peralihan yang hebat pada tahun ini, berkembang daripada industri pemasang dan pasaran pengguna kenderaan kepada hab automotif bersepadu yang bersedia untuk kenderaan elektrik dan dipacu oleh rantaian bekalan.

JC3 Lancar Panduan Pembiayaan Mampan Dan Peralihan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3), yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG).

Kabinet Baharu: FMM Harap Kesinambungan, Kestabilan Dasar

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharapkan kepada kesinambungan dan kestabilan dasar susulan pengumuman Kabinet baharu semalam.

Portugal Muncul Pintu Masuk Utama Malaysia Terokai Pasaran Kesatuan Eropah -- Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Keyakinan Terhadap ASEAN Kekal Kukuh Walaupun Ketegangan Serantau Meningkat

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keyakinan terhadap ASEAN kekal kukuh walaupun terdapat perkembangan dan perhatian yang meningkat terhadap ketegangan serantau, termasuk situasi antara Thailand dan Kemboja.

Sektor Minyak Sawit Kekal Stabil Pada 2025 Didorong Pengecualian Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.

Rombakan Kabinet Peluang Perkasakan Ekonomi MADANI, Tingkat Daya Saing PKS - Samenta

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Rombakan Kabinet memberikan peluang penting untuk memperkasakan Ekonomi MADANI dan memperkukuh pelaksanaan dasar khususnya dalam bidang yang memberi kesan langsung kepada perniagaan, pelabur dan pekerja, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).

SEDA Malaysia Promosikan Kemajuan Ekosistem Biotenaga Negara Menjelang ISES 2026

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) hari ini menganjurkan Forum Awal Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2026, sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang ISES 2026 edisi ketujuh.

China Market Lancar Pusat Beli-belah Digital Di Malaysia Selaku Hab ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.

Negeri Sembilan Lancar Bandar Pembuatan AI Fotonik Bernilai US$20 Bilion

SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.

MITTA, MOTAC Tingkat Usaha Bendung Pengendali Pelancongan Haram

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan India Malaysia (MITTA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meningkatkan usaha untuk membendung pengendali pelancongan haram dan tidak berlesen susulan peningkatan aktiviti tersebut.