5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi 0.36 peratus lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran global bercampur-campur apabila sentimen pelabur bertukar menjadi berhati-hati dalam persekitaran ketegangan perdagangan baharu akibat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 15 hingga 20 peratus ke atas import Kesatuan Eropah.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis mengakhiri penurunan selama dua harinya seiring dengan kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini.
5bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dijangka terus menyuntik manfaat ke atas ringgit serta ekuiti Asia di masa depan selain unjuran keadaan lebih goyah dalam separuh kedua 2025, kata Standard Chartered Bank.
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyatakan sokongan penuh terhadap misi USANITA Group dalam memperkasakan usahawan wanita Malaysia untuk berkembang ke pasaran antarabangsa, terutamanya di rantau Australasia.
6bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh kelemahan dalam dolar US di tengah-tengah ketegangan perdagangan global yang berterusan.
6bulan ago
SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melancarkan Program Pemecut Berkembar Selangor edisi 2025.
6bulan ago
SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan Selangor bersama-sama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah merangka dan melaksana lima strategi bersepadu untuk memastikan projek Selangor Aero Park (SAP) @KLIA Aeropolis berupaya menarik pelaburan asing berimpak tinggi dalam sektor aeroangkasa.
6bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, berbanding prestasi tinggi pada akhir dagangan minggu lepas, apabila pasaran serantau mengalami penurunan berikutan pelabur kembali berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd melancarkan waran berstruktur baharu di Bursa Malaysia hari ini, menawarkan akses langsung kepada pelabur Malaysia untuk ke pasaran global melalui pendedahan kepada dua penanda aras ekuiti utama Hang Seng di Hong Kong.
6bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Ketika negara melangkah ke separuh kedua 2025, penyelarasan semula fiskal melalui peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan semakan tarif elektrik dilihat sebagai langkah strategik kerajaan untuk mengukuhkan kewangan sambil mengutamakan kebajikan rakyat.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjurannya bahawa purata harga tahunan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) yang disenaraikan di Bursa Malaysia diniagakan pada paras RM4,150 satu tan pada 2025.