7bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Rundingan mengenai Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan bagi Grid Kuasa ASEAN (APG), yang bertujuan memperkukuh keselamatan, kesalinghubungan dan kemampanan tenaga, dijangka dimuktamadkan dan dimeterai pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43, Oktober ini.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Minggu depan dijangka menjadi tempoh menarik bagi ringgit yang diunjur meneruskan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)m menjelang pengumuman minit mesyuarat bank pusat negara maju itu serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak ASEAN akan menjadi platform untuk integrasi ekonomi serantau dan menggalakkan perdagangan melalui perjanjian yang berpotensi dengan anggaran RM300 bilion melalui pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Juwai IQI.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai kerjasama strategik dengan pihak Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO) dan PWN Excellence Sdn Bhd (PWNE) bagi meningkatkan inovasi, akses pembiayaan dan daya saing global sektor aeroangkasa negara ini.
8bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi suram di seluruh Asia berikutan data ekonomi China yang lemah dan penurunan penarafan kredit berdaulat Amerika Syarikat baru-baru ini yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) sebanyak RM16.7 bilion pada suku pertama 2025 bersamaan dengan 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.4 peratus dalam suku pertama 2025, didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif dan dasar kerajaan, berbanding 4.2 peratus dalam tempoh sama 2024.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menganggap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) blok itu dengan Malaysia yang sedang diusahakan, sebagai tonggak dalam perluasan strateginya untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan geopolitik di negara-negara ASEAN.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh dan mengatasi prestasi negara setaranya walaupun ketidaktentuan global yang semakin meningkat didorong oleh ketegangan perdagangan, kata Moody's Ratings.
8bulan ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Banyak syarikat Jepun sedang mencari peluang untuk berkembang dalam industri penyahkarbonan, penjagaan kesihatan, inovasi dan perkhidmatan di Malaysia.