3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Melindungi ekosistem marin Malaysia bukan sahaja suatu keperluan alam sekitar tetapi juga satu bentuk insurans ekonomi yang menyokong infrastruktur industri perikanan, pelancongan dan pesisir pantai, kata seorang ahli pemuliharaan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan digesa memperuntukkan dana bagi membangunkan dan menaik taraf kemudahan penerimaan pelabuhan (PRF) untuk meningkatkan pematuhan alam sekitar di bawah Belanjawan 2026, kata Hexagon Synergy Group.
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu mencapai keseimbangan yang tepat antara pengukuhan fiskal dan langkah yang menyokong pertumbuhan untuk memastikan daya tahan sektor perbankan dan ekonomi secara keseluruhan, kata RHB Banking Group.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa naratif ekonomi Malaysia telah berubah daripada tidak menentu kepada pulih dan langkah-langkah defensif kepada penstrukturan semula yang proaktif sejak dua tahun lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Agenda transformasi digital di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) akan menjadi pemangkin penting dalam mencapai daya saing jangka panjang negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini, disokong oleh pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan konsolidasi fiskal.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) bertambah baik kepada 48.4 pada suku ketiga 2025 daripada 40.0 pada suku kedua yang mencerminkan peningkatan ketara dalam sentimen perniagaan untuk tiga bulan akan datang.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan yang tinggi terhadap pertumbuhan berteraskan teknologi terutama dalam kecerdasan buatan (AI), automasi, platform digital dan penerimagunaan Industri 4.0.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka perbelanjaan Kerajaan Persekutuan mencecah rekod tertinggi sebanyak RM430.3 bilion tahun depan dalam keadaan perbelanjaan mengurus (OE) dan perbelanjaan pembangunan (DE) yang semakin meningkat.
3bulan ago
SINGAPURA, 2 Okt Bernama) -- Keyakinan pelabur jelas kembali terhadap Malaysia, dipacu hasil komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan, bekerjasama, berinovasi dan membina ekonomi yang lebih sofistikated dan inklusif, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Dialog formal antara ASEAN serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dijadualkan pada 20 Nov 2025, perlu lebih daripada sekadar perbincangan dan mencapai hasil yang bermakna.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Industri Keluli Malaysia 2035 (SIR2035) melakarkan laluan jelas ke arah kestabilan, transformasi dan penyahkarbonan sepenuhnya industri keluli negara, kata Unitrade Industries Bhd.