BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025, wajibkan pendidikan menengah | RMK13 fokus tingkat pendapatan negara dan rakyat selari dengan kerangka Ekonomi MADANI - Fahmi | Alliance Bank jangka penurunan OPR baru-baru ini akan beri impak terhadap margin faedah bersihnya sebanyak 3.0 mata asas pada Tahun Kewangan 2026 - CEO Kumpulan | Alliance Bank yakin dalam berhati-hati prospek Tahun Kewangan 2026 di tengah-tengah keadaan tidak menentu - CEO Kumpulan | 

Terdapat 821 berita berdasarkan kata kunci carian "pembinaan"

Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang menempatkan kuarters kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa dijangka bermula suku ketiga tahun ini dengan kos pembangunan dianggarkan berjumlah RM4 bilion.

MBINS Dan SD Guthrie Meterai Usaha Sama Bangun Zon Bebas Port Dickson

SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Menteri Besar Negeri Sembilan Permerbadanan (MBINS) akan menjalin kerjasama membangunkan Zon Bebas Port Dickson (PDFZ) di Pasir Panjang, Port Dickson dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Harga Saham Gamuda Meningkat Selepas Konsortium Disenarai Pendek Untuk Projek Lebuh Raya Di New Zealand

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Harga saham Gamuda Bhd tinggi dalam dagangan awal hari ini selepas dilaporkan telah disenarai pendek melalui konsortium Together North untuk projek lebuh raya Northland Corridor (NCH) di New Zealand.

Lima Firma VC Dipilih Di Bawah EMP, RMI Jelawang Capital - Khazanah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama anak syarikatnya, Jelawang Capital (Jelawang) hari ini mengumumkan pemilihan lima firma modal teroka (VC) pertama di bawah Program Pengurus Dana Baru Muncul (EMP) dan Inisiatif Pengurus Dana Serantau (RMI) Jelawang. 

Affin Bank Boleh Memangkin Pertumbuhan PKS Dalam Sektor Strategik - Abang Johari

KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Affin Bank Bhd berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi pemangkin pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak dengan menawarkan pembiayaan bersasar, sokongan transformasi digital dan pembinaan kapasiti bukan kewangan yang sejajar dengan sektor-sektor ekonomi strategik negeri itu.

Malaysia Meterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Dengan Switzerland, Norway, Iceland Dan Liechtenstein

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.

Aktiviti Buru Saham Dorong FBM KLCI Ditutup Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun daripada penurunan awal dan ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah selain minat berterusan pelabur susulan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham mewah terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam ketegangan geopolitik yang meningkat.

Institusi Tempatan Kekal Momentum Belian Minggu Kelima Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bagi minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM510.6 juta berbanding RM620.6 juta pada minggu sebelumnya, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

CCCC Perkukuh Komitmen Jangka Masa Panjang Terhadap Pembangunan Infrastruktur Malaysia

BEIJING, 23 Jun (Bernama) -- China Communications Construction Company Ltd (CCCC) memperkukuh komitmen terhadap Malaysia dan menyatakan kesediaan untuk meningkatkan penglibatan dalam pembangunan infrastruktur negara, yang dianggapnya sebagai faktor utama bagi kesalinghubungan serantau jangka masa panjang.

Permohonan Pendaftaran Baharu Skop Cukai Perkhidmatan & Kadar Cukai Jualan Dibuka Mulai 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop cukai perkhidmatan serta semakan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2025.

Kedah Catat Pelaburan RM4.2 Bilion Bagi Suku Pertama Tahun Ini

ALOR SETAR, 22 Jun (Bernama) -- Kedah merekodkan jumlah pelaburan RM4.2 bilion bagi tempoh suku pertama tahun ini dan dijangka menjana lebih 1,400 peluang pekerjaan.