BERITA TERKINI   Piala Malaysia: PDRM FC 1-10 JDT | Piala Malaysia: Penang FC 1-0 Kuching City FC | Jasad dipercayai penumpang pesawat yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan Indonesia ditemukan - pasukan SAR | 

Terdapat 1342 berita berdasarkan kata kunci carian " lima"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau. 

KSI Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.9 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).

APEC Kembali Ke Korea Selatan Selepas 20 Tahun, Tumpukan Inovasi, Pendigitalan, Kemampanan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang rendah pada Disember dan prestasi Wall Street yang lemah. 

EPIC Berhad Raih Kontrak Utama Daripada Petronas, Komited Perkukuh Perniagaan Minyak Dan Gas

KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) melalui anak syarikatnya EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB) berjaya meraih kontrak utama selama lima tahun daripada anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Naik Bagi Hari Keenam, IK Raih 0.28 Peratus Pada Akhir Dagangan 2024

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.

Tragedi Disember: Penutup Yang Suram Bagi Penerbangan Global Akhiri 2024

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Beberapa syarikat penerbangan berdepan cabaran yang dahsyat, mengubah penghujung tahun ini sebagai babak tragik bagi penerbangan global, menjadikan Disember yang suram selain meragut banyak nyawa.

Peru-Malaysia Tinjau Usaha Sama Makanan Halal, Infrastruktur - Duta Besar

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) – Kepakaran Malaysia dalam produk-produk makanan halal yang disertai input bahan mentah pertanian premium Peru seperti quinoa, biji chia dan kacang gajus, menawarkan potensi besar bagi peluang usaha sama (JV) antara kedua-dua negara.

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi, FBM KLCI Turun 0.21 Peratus

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah, menjejaki prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pulau Pinang Catat RM22.6 Bilion Pelaburan Diluluskan Sehingga Suku Ketiga 2024

GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.

Kos Elektrik, Inisiatif Tenaga Hijau Dorong Penerimagunaan Solar Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025,  kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas.