4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd dijangka disenaraikan sebagai satu daripada konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikan Genting Malaysia Bhd pada 23 Dis 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akan diharmonikan bersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pelabur asing membeli bersih ekuiti berjumlah RM217.6 juta bagi tempoh 9-13 September, untuk minggu kelima berturut-turut, menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan promosi bagi menarik minat pelabur untuk melabur dan mendirikan kilang di Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) dan Taman Teknologi Bandar Casia (BCTP), di Batu Kawan.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 16 Sept (Bernama) -- Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City yang akan dilancarkan pada Jumaat ini bakal memperkenalkan pelbagai insentif dan pakej untuk merancakkan lagi pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di negeri ini.
4bulan ago
Oleh V. Sankara
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Persekutuan Jerman (BVMW) berhasrat meneroka peluang kerjasama baharu dengan Malaysia, sejajar kepentingan negara ini sebagai rakan dagang utama Jerman di ASEAN.
4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.