Terdapat 1334 berita berdasarkan kata kunci carian "jepun"

Volvo Trucks Lancar Trak Tugas Berat Versi Terbaharu Dipertingkatkan

SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks) hari ini melancarkan rangkaian Trak Tugas Berat versi terbaharu yang dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan penjimatan minyak untuk menghasilkan emisi karbon lebih rendah.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan terhadap bekalan getah asli global yang terjejas akibat cuaca buruk, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut 0.91 peratus kepada 106.036 mata.

Ringgit Meningkat Selepas Minit Mesyuarat Fed Menunjukkan Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.

Indeks Harga Pengeluar Terus Turun 2.4 Peratus Pada Oktober 2024

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah pengukuhan Indeks Dolar AS ketika pihak Rizab Persekutuan negara maju itu membayangkan kemungkinan menangguhkan kitaran pengurangan kadar faedah.

Ringgit Susut Selepas Trump Umum Tarif Baharu Kepada Mexico, Kanada

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Misi PM Anwar Tingkatkan Perdagangan Dan Pelaburan ASEAN Sebagai Pengerusi ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan ASEAN yang beliau percaya pada masa ini tidak mencukupi dalam Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Pengukuhan Dolar US

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar US yang mengukuh, disokong oleh kenaikan semula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Tinggi Disokong Penurunan Hasil Bon Amerika Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika pada Isnin, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS selepas pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) selepas mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun baru-baru ini, kata penganalisis.