Terdapat 1614 berita berdasarkan kata kunci carian "art"

BNM Keluarkan Dokumen Semakan Semula Dasar Wang Elektronik

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Minat Belian Baharu

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.

Nilai Transaksi Hartanah Bagi 2024 Cecah RM217.46 Bilion, Melebihi Sasaran Awal - Nga Kor Ming

IPOH, 31 Jan (Bernama) -- Nilai transaksi hartanah bagi tahun 2024 mencecah RM217.46 bilion jauh mengatasi sasaran RM100 bilion yang ditetapkan pada awal tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.

BNM Lantik Madelena Mohamed Penolong Gabenor Sektor Strategi, Kelestarian

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Madelena Mohamed sebagai penolong gabenor yang akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu strategi dan kelestarian berkuat kuasa pada 1 Feb 2025.

Citadel Group Kembangkan Sayap Ke Indonesia, Komited Dalam Pembangunan Nusantara

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Citadel Group mengumumkan pengembangannya ke Indonesia dengan penubuhan PT Citadel Group Indonesia di Jakarta.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim Dijangka Beroperasi Pada Separuh Pertama 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Dagangan Lengang

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah negatif hari ini disebabkan dagangan lemah yang disaksikan di seluruh papan menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina (CNY), kata seorang penganalisis.

Malaysia, Indonesia Komited Pastikan Kerjasama Berterusan Petronas Dan Pertamina - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia terus komited untuk memastikan kerjasama berterusan antara syarikat minyak dan gas nasional kedua-dua negara iaitu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan PT. Pertamina (Persero) dari Indonesia.

Pasaran Pejabat Malaysia Meningkat Dengan Ruang Premium, Permintaan Terhadap ESG - Knight Frank

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran ruang pejabat Malaysia menunjukkan trajektori yang memberangsangkan, dengan penyewa global dan tempatan terus mencari ruang premium yang memenuhi piawaian tempat kerja dan kemampanan yang berkembang, menurut firma perunding hartanah Knight Frank Malaysia.

SC Lancar Skim Kewangan Alternatif Untuk PMKS

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.