9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sektor minyak sawit merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi inklusif Malaysia dan kemampanan global, menjadikannya eksport pertanian negara paling bernilai, kata Pusat Penyelidikan dan Maklumat Datametrics (DARE).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti pembelian ketara di Bursa Malaysia pada minggu lepas yang juga minggu kedua berturut-turut dengan menyumbang aliran masuk berjumlah RM853.8 juta.
9bulan ago
Oleh Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Rangkaian kafe kopi premium milik anak tempatan, Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk meluaskan lagi sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan lima hingga 10 pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Semua tumpuan akan terarah pada sidang khas Palimen pada Isnin ini untuk membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025 pada hujung minggu ini.
9bulan ago
PENAMPANG, 3 Mei (Bernama) -- Usahawan Sabah digesa memanfaatkan sepenuhnya Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di sini bagi mengakses maklumat terkini bidang keusahawanan untuk memberi peluang kepada mereka mengembangkan lagi perniagaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kosovo, negara Balkan yang dikelilingi daratan, mempelawa pelaburan dari Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh baharu serta pembuatan, kata Presidennya Dr Vjosa Osmani Sadriu.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) - Industri acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) diunjur merekodkan ketibaan lebih 25 juta pelancong dan menjana jumlah pendapatan mencecah RM76.8 bilion susulan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini dan Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang melakukan persiapan rapi bagi rundingan tarif rasmi dengan Amerika Syarikat (AS), dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengutamakan keperluan untuk melindungi kepentingan sektor komoditi negara khususnya sawit.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.