1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia sekali lagi ditutup rendah pada Jumaat disebabkan terutamanya aktiviti pengambilan untung dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- OB Holdings Bhd (OB Holdings) menyasar meraih RM28.8 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 29 Okt, 2024.
1tahun ago
PELABUHAN KLANG, 27 Sept (Bernama) – Pembangunan fasa dua projek pembesaran terminal kontena Westports Holdings Bhd, Westports 2, merupakan satu langkah penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai hab maritim dan logistik global pada masa depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd mencadangkan terbitan bonus sebagai ganjaran kepada pemegang sahamnya berikutan prestasi kukuh syarikat itu pada tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024, dengan hasil tahunan meningkat 63 peratus kepada RM15 bilion.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 26 Sept (Bernama) — Northeast Group Bhd sasar untuk mengumpul kira-kira RM84.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya Pasaran ACE pada 15 Oktober depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) telah melancarkan Direktori Industri Rel Malaysia yang pertama semasa majlis perasmian InnoTrans 2024 di Berlin, Jerman pada Selasa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokong Ibupreneur Malaysia, perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan perbelanjaan pembangunan bersih kira-kira RM90 bilion dalam Belanjawan 2025 berikutan Malaysia memasuki tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024 melonjak 24.4 peratus kepada RM545.21 juta daripada RM438.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran pusat data ASEAN dijangka boleh mencecah US$11 bilion (US$1=RM4.20) menjelang 2028 berikutan ledakan permintaan pusat data global, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB) Bhd.