10bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali melantun pada awal dagangan hari ini selepas jualan ketara semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama dan melancarkan Panduan Pendedahan ESG Dipermudah ASEAN (SEDG ASEAN) bagi PKS dalam Rantaian Bekalan Versi 1, hari ini.
10bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunan mata wang Asia yang lain susulan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia tidak melaksanakan tarif balas susulan kenaikan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) mungkin membuktikan satu langkah yang lebih bijak, kata Pengasas EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh kerugian di pasaran getah serantau dan penurunan dalam penanda aras harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
10bulan ago
Oleh CW Sim
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas ke atas Malaysia pada 2 April, 2025, ia terbukti hanya menyemarakkan kebimbangan di serata Asia Tenggara.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Malaysia sedang mendapatkan penjelasan daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif balas sebanyak 24 peratus yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi impak langsung kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, sekali gus mencetuskan cabaran terhadap pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini serta kemungkinan pada tahun-tahun mendatang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, merosot di bawah paras 1,500, menjejaki prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan dan ketidaktentuan dalam pasaran global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.