Terdapat 2065 berita berdasarkan kata kunci carian " pegawai"

CLSA Lancar Waran Berstruktur Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd (CLSA) hari ini secara rasminya melancarkan waran berstruktur di Bursa Malaysia Securities Sdn Bhd.

Unjuran KDNK 2025 Malaysia Mungkin Perlu Diturunkan Susulan Tarif AS - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Nor Shahrizan Sulaiman Dilantik Sebagai Pegawai Bertanggungjawab Maybank Islamic

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Maybank Islamic Bhd (MIB) melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Shahrizan Sulaiman sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab.

MTD Properties Umum Tiga Projek Kediaman, Taman Industri Di Kajang Dan Melaka

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd mengumumkan tiga projek pembangunan utamanya, termasuk dua projek perumahan dan sebuah taman perindustrian di Melaka dan Kajang, Selangor bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian berkembang.

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk ditutup kukuh hari ini, kekal melepasi paras 1,500 mata, disokong sentimen pasaran yang semakin pulih susulan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, walaupun prestasi pasaran serantau bercampur-campur.

Jerman, Malaysia Kekal Rakan Dagang Penting -- Timbalan Ketua Misi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Jerman kekal menjadi rakan dagang terpenting Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) kerana negara itu juga merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara ASEAN, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Malaysia Ulrike Wolf.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir sesi pagi hari ini susulan aktiviti pembelian berterusan diterajui oleh perkhidmatan kewangan serta sektor produk perindustrian dan perkhidmatan.

U Mobile Lantik CT Sabah Sebagai Rakan Niaga Litar Terpajak 5G

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai perjanjian terma bagi melantik Celcom Timur Sabah (CT Sabah) untuk mengendalikan litar terpajak di Sabah dan Labuan.

Malaysia Negara Pengeksport Barangan Teknologi Tinggi Kesembilan Terbesar Dunia Pada 2023

CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023, pengiktirafan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 10 tahun. 

TPM Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Tenaga Di London

Daripada Salawaty Supardi

LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini.

Garis Masa Aerotrain Tiada Kaitan Dengan Penstrukturan Semula MAHB - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Tempoh atau garis masa penyiapan projek Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Pengerusi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

AEC 2026-2030 Papar Perincian Pelan Strategik Kukuhkan Integrasi Ekonomi Serantau

GEORGE TOWN, 23 April (Bernama) -- Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 yang bakal dilancarkan bersama dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 pada Mei depan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, akan memaparkan pelan strategik terperinci bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau.