IHH Perkukuhkan Kehadiran Di India Melalui Kerjasama Fortis-Gleneagles
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd (IHH) telah mengumumkan kerjasama strategik antara dua anak syarikatnya di India iaitu Fortis Healthcare Ltd dan Gleneagles Healthcare India Pvt Ltd, yang bertujuan mengukuhkan sinergi operasi serta kewangan di negara tersebut.