MATRADE Sasar 400 Syarikat Tempatan Teroka Peluang Eksport Pada Hari Eksport Sarawak 2025
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan penyertaan 400 syarikat tempatan untuk meneroka peluang eksport baharu menerusi Hari Eksport Sarawak 2025 yang berlangsung pada 2 hingga 3 Julai, 2025 di Kuching, Sarawak.