Transaksi Hartanah Komersial Malaysia Meningkat, Cerminkan Trend Global - Knight Frank
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia merekodkan peningkatan transaksi hartanah komersial, didorong oleh individu bernilai bersih tinggi (HNWI) dan pelabur institusi yang mahu mencari nilai jangka masa panjang, sekali gus mencerminkan trend global, menurut Knight Frank Malaysia.