Terdapat 1310 berita berdasarkan kata kunci carian " jualan"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup tinggi sedikit pada Isnin berikutan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengambil peluang berbanding mengelakkan risiko secara menyeluruh menjelang cuti Tahun Baharu Cina.

Jualan Automotif Naik 27 Peratus Kepada 64,298 Unit Pada Januari 2026

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 27 peratus kepada 64,298 unit pada Januari 2026 daripada 50,449 unit dicatatkan dalam bulan sama pada tahun lepas.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang terus menjejaskan sentimen pasaran. 

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Untuk Minggu Keenam

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM377.2 juta, iaitu kira-kira 25 kali ganda lebih tinggi daripada RM15.0 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti dagangan yang lebih baik walaupun mengalami tekanan awal minggu ini.

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Bagi TK2025 Melonjak Kepada RM614 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kumpulan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM614.20 juta bagi tahun kewangan 2025 (TK2025) berakhir pada 31 Dis, 2025, daripada RM490.27 juta diraih bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

UDA Kukuhkan Pasaran Di Johor, UDA Heights Terima Sambutan Hangat

JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) mengekalkan momentum pembangunan hartanah di Johor melalui sambutan hangat terhadap projek kediaman premium, UDA Heights.

Untung Bersih Paramount Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak 16 Peratus Kepada RM118.82 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM118.82 juta bagi tahun kewangan 2025 yang berakhir pada 31 Dis, 2025, peningkatan sebanyak 16 peratus daripada RM102.45 juta pada tahun lepas.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Gamuda Land Komited Beri Tumpuan Kepada Malaysia, Ketengah Inisiatif 'Money Mari Home'

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Gamuda Land, anak syarikat hartanah Gamuda Bhd mahu Malaysia kekal sebagai pasaran teras dalam portfolio yang pelbagai di peringkat global sementara terus memperkukuh jejak serantau di Malaysia, Vietnam, Singapura, Australia dan United Kingdom.

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2025 masing-masing mencatat purata 1.4 peratus dan 2 peratus, berbanding 1.8 peratus pada 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

KLCI Rendah Pada Tengah Hari Didorong Aktiviti Jualan Meluas

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Saham tempatan menutup sesi dagangan pagi pada paras rendah, didorong oleh jualan meluas dalam kalangan kaunter utama, seiring penurunan pasaran serantau.