Penutupan Selat Hormuz Dorong Inventori Minyak Teluk Hampiri Paras Maksimum
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penutupan berterusan Selat Hormuz susulan peningkatan ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyebabkan inventori minyak negara Teluk menghampiri paras kapasiti maksimum, sekali gus menimbulkan cabaran operasi besar kepada loji penapisan di rantau itu.