Pembaharuan Perlu Jadi Sebahagian Pendekatan ASEAN Harungi Kejutan Global - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menggesa supaya pembaharuan struktur terus dilaksanakan di peringkat nasional dan ASEAN memandangkan rantau ini mesti kekal kukuh dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang semakin meningkat.