Bank Islam, Awaris Lancar Khidmat Wasiat Digital Jimat Masa Dan Kos
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) dengan kerjasama Amanah Warisan Bhd (Awaris) hari ini melancarkan perkhidmatan penulisan wasiat Awaris menerusi aplikasi BIMB Mobile, sekali gus menawarkan kemudahan perancangan legasi secara digital kepada pelanggan.