Johor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM2.546 Bilion, Lebihan RM4.45 Juta
ISKANDAR PUTERI, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion yang meningkat berbanding RM1.999 bilion pada 2025 dengan menumpukan usaha menjamin kebajikan, kesejahteraan Bangsa Johor serta mengukuhkan kedudukan fiskal negeri.