Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " belanjawan madani"

Kerajaan Imbangi Usaha Kukuh Kedudukan Kewangan Supaya Lebih Mampan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengimbangi usaha mengukuhkan kedudukan kewangan supaya lebih mampan dan pada masa sama memastikan dasar fiskal tetap menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khazanah Lancar Jelawang Capital, Pacu Ekosistem Modal Teroka Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.

Penyasaran Subsidi RON 95: Pakar Ekonomi Cadang Kerajaan Tidak Ganggu Harga Pasaran

BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan dicadangkan menggunakan pendekatan yang tidak menganggu harga pasaran sedia ada dalam usaha melaksanakan penyasaran subsidi RON 95 supaya barangan keperluan di negara ini menjadi lebih mampu milik untuk rakyat.

Laksanakan Analisis Faedah Kos Bagi Penyasaran Subsidi - Rafidah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos bagi memastikan setiap perancangan dapat memberi manfaat kepada rakyat. 

EXIM Bank Pertingkat Peranan Dalam NIMP 2030, Dorong Pembiayaan Untuk PMKS Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) bersedia untuk mengukuhkan peranan dalam ekosistem Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dengan menyediakan pembiayaan kepada syarikat Malaysia yang layak, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kerajaan Kaji Data, Pastikan Subsidi Bantu Kumpulan Sewajarnya - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji data dan akan memastikan subsidi bagi petrol, kesihatan dan pendidikan membantu golongan yang sewajarnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Penyasaran Subsidi: Kerajaan Jamin Pertahan Kepentingan Rakyat Terbanyak - PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan akan mempertahan kepentingan rakyat terbanyak dalam pelaksanaan penyasaran subsidi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI Ketiga 2025. 

Anwar Bentang Belanjawan 2025, Memangkin Kekuatan Malaysia, Perkukuh Pembaharuan

Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail, Niam Seet Wei & Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah, diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI, memberi tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

Belanjawan 2025 Sasar Tingkat Taraf Hidup Rakyat, Majukan Pembangunan Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.