Konflik Asia Barat Ubah Landskap Tenaga Global, Perkukuh Fokus Keterjaminan Tenaga
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Konflik berlarutan di Asia Barat sedang menyusun semula landskap tenaga global, sekali gus menegaskan bahawa keselamatan tenaga bagi rantau yang bergantung kepada import kini bukan lagi sekadar soal kecekapan, tetapi ketahanan terhadap gangguan berpanjangan.