Rasa Durian Seperti Keju Biru, PM Anwar Tawan Tunas Rasa Tetamu Makan Malam Gala AEM Ke-57
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- “Diplomasi ASEAN” menyerlah malam ini apabila durian dihidangkan kepada kalangan tetamu Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan, dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menawan tunas rasa mereka apabila menyifatkan rasa buah terkenal itu seakan-akan keju biru.