Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " duitnow qr"

PayNet Perkenal Standee DuitNow QR Baharu, Pertingkat Kebolehlihatan Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memperbaharui reka bentuk ‘standee’ DuitNow QR (kod respons pantas) bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan.

Malaysia Diiktiraf Ekonomi Digital Paling Pesat Berkembang, Sasar Capai US$39 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia kini merupakan ekonomi digital yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (SEA), dengan peningkatan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun, dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$39 bilion (US$1=RM4.13) tahun ini. 

PayNet Komited Pertingkat Penggunaan Tanpa Tunai Dengan Ekosistem e-Pembayaran

 KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan pemain industri bagi memajukan penggunaan sistem tanpa tunai melalui ekosistem e-pembayaran yang selamat dan inklusif.

Bank Rakyat Guna Neurogine n2Tap Bagi Perkasa Perubahan Digital PMKS

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 2 Julai (Bernama) – Produk utama Neurogine Sdn Bhd iaitu Neurogine n2Tap diguna pakai oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) sebagai sebahagian daripada inisiatif i‑MerchantRAKYAT bank tersebut.

E-pembayaran Catat Peningkatan, Transaksi E-pembayaran Runcit Terpilih Cecah RM698.1 Bilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- E-pembayaran mencatatkan peningkatan pada 2024, disokong oleh kerancakan aktiviti penggunaan, dengan jumlah nilai transaksi e-pembayaran runcit terpilih meningkat sebanyak 17 peratus, mencecah RM698.1 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).