Capital A Lantik Effendy Shahul Hamid Sebagai Timbalan CEO Berkuat Kuasa 6 April
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.